Wednesday, February 10, 2010

GUAN ENG MEMANG OTAK KOMINIS!

GUAN ENG MEMANG OTAK KOMINIS!

Salam 2 all.

Saya mengutuk dan mengecam keras tindakan YAB Lim Guan Eng yang telah memecat YB Datuk Seri Zahrain sebagai Pengerusi Kelab Golf Bukit Jambul semalam.

YB Datuk Seri Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru telah mengkritik keras terhadap kepimpinan LGE di Pulau Pinang yang dikatakan bersifat chauvinis, diktatorial dan berfikiran kominis, terutamanya sejak akhir-akhir ini. Ini termasuk juga perangai dan tingkah laku YB Jeff Ooi, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang sangat prejudis dan bias terhadap Islam, sehingga melabelkan pengkritik beliau saperti Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai fundameltalis dan ekstremis. Baru-baru ini beliau menuduh bahawa PKR sebagai parti yang penuh dengan sampah. Ternyata Ketua Staf ini mempunyai satu penyakit Islamophobia yang jelas.

Bagi menghadapi kritikan dan teguran saperti ini, LGE mengambil tindakan mengadakan mesyuarat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang semalam membincangkan antara lain isu kedudukan YB Datuk Seri Zahrain kerana KGBJ adalah anak syarikat PPPP. Ternyata tindakan LGE tersebut bercanggah sama sekali dengan aspirasi dan laungan reformasi kepimpinan yang hendak dibawa oleh Pakatan Rakyat iaitu menghormati hak asasi manusia dan hak menyuarakan pendapat serta hak membela diri. Semua prinsip dan aspirasi ini dicemari oleh LGE iaitu:

1. beliau yang mempunyai kepentingan dalam isu ini bertindak mempengerusikan mesyuarat tersebut;
2. YB Datuk Seri Zahrain tidak pernah diberikan notis tunjuk sebab mengapa tindakan memecat beliau sebagai Pengerusi KGBJ boleh diambil;
3. YB Datuk Seri Zahrain tidak pernah diberi peluang membela diri daripada sebarang pertuduhan tersebut;
4. LGE dan konco-konconya bertindak sebagai penyiasat, pendakwa dan penghukum;
5. Keputusan memecat YB Datuk Seri Zahrain dan menggantikan beliau dengan YB Mansor jelas membelakangkan prinsip hak asasi kemanusiaan.
6. menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi PPPP untuk kepentingan politiknya dan untuk menutup mulut pengkritik dan mereka yang tidak sehaluan dengan beliau.

Apa yang jelas pada saya, tindakan LGE memecat YB Datuk Seri Zahrain membuktikan tanggapan bahawa beliau memang seorang yang bersikap cahuvinis, diktatorial dan berfikiran saperti komunis. Ternyata belaiu tidak boleh menerima teguran dan kritikan, malahan sanggup menggunakan kedudukan beliau untuk menutup kelemahan kepimpinan beliau. Teguran dan kritikan terhadap beliau dijawab bukan dengan hujah yang bernas ataupun tindakan pembetulan, sebaliknya dengan melenyapkan suara-suara kritikan ini melalui tindakan pemecatan yang melanggari segala prinsip dan aspirasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Saya mendesak supaya Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat supaya segera memanggil LGE untuk memberi sebab mengapa tindakan disiplin terhadap beliau tidak boleh diambil kerana membelakangkan aspirasi dan kesefahaman yang sedia ada di dalam Pakatan Rakyat. Apabila saya mengambil tindakan terhadap YB Khalid Samad, riuh Firaun-Firaun Kecil didalam Pakatan Rakyat supaya tindakan diambil terhadap saya, malah ada yang mendesak saya dipecat. Mana pergi suara Firaun-Firaun Kecil ini apabila LGE bertindakan jauh lebih teruk. Apakah LGE ini terlalu kebal sehingga menjadi 'untouchable', atau apakah persepsi yang DAP menguasai Pakatan Rakyat adalah benar sehingga tiada tindakan berani diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas mereka bertindak melampau dan membelakangi semangat dan aspirasi Pakatan Rakyat.

Apa yang jelas, setakat ini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap mana-mana kepimpinan DAP yang jelas bertindak melampau dan diluar batasan persefahaman dikalangan Pakatan Rakyat, contohnya saperti:

1. Tindakan ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan PAS Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Rakyat dalam isu perobohan rumah penyembelihan babi di Kedah;
2. Tindakan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis dan fundamentalis;
3. Tindakan YB Ronnie Liu yang mencampuri urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di beberapa kedai serbanika di Shah Alam;
4. Tindakan YB Tony Pua yang mendesak secara terbuka supaya Ahli Exco Kerajaan selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat;
5. Kenyataan YB Karpal Singh yang mendesak YB Dato' Seri Anwar Ibrahim bertaubat;

dan banyak lagi isu-isu yang membabitkan kepimpinan DAP yang sehingga kini tiada sebarang tindakan pun diambil terhadap mereka.

Sebab itulah saya mengulangi pendirian bahawa DAP ini adalah duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat, dan mereka mempunyai agenda mereka sendiri untuk direalisasikan. Pakatan Rakyat tidak memerlukan DAP, sebaliknya DAP lah yang memerlukan PKR dan PAS, dan kini bertenggek tanpa malu dan segan diatas belakang PKR dan PAS untuk mencapai Agenda Middle-Malaysia yang diperjuangkannya. Sebab itu saya sekali lagi menyeru, untuk masa depan, kebaikan dan kepentingan Pakatan Rakyat supaya kedudukan DAP didalam Pakatan Rakyat dikaji semula dengan tujuan supaya mereka dikeluarkan daripada Pakatan Rakyat. Semoga dengan tindakan itu, keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada PAS dan PKR akan dapat dikembalikan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
26 Safar 1431
12 Februari 2010

Monday, November 30, 2009

Sikap ULTRA KIASU

Bila kita minta semua yang mengaku rakyat Malaysia ini guna bahasa Kebangsaan, kita akan dilabel perkauman. Dilabel rasis. Tetapi jika Lim Kit Siang laung untuk buang segala hak Melayu, itu mereka label sebagai hak asasi dan samarata. Itulah dia sikap ULTRA KIASU mereka ini.

Apa maksud kiasu dan bezanya dengan ULTRA KIASU?

Ustaz Dr Ridhuan Tee seorang berbangsa Cina. Tetapi atas sikap beliau, saya tidak pula label Dr Ridhuan yang berbangsa Cina ini sebagai ULTRA KIASU. Saya tidak pula label Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang berbangsa Cina sebagai ULTRA KIASU. Tidak salah bersikap kiasu. Sikap kiasu untuk berjaya sebenarnya ada dalam diri setiap kaum. Yang salahnya adalah bersikap ULTRA.

Sikap hipokrit ULTRA KIASU yang kononnya lebih menerima terma bahasa Malaysia, sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.

Spesis-spesis ULTRA KIASU ini memanglah kalau ada individu berjuang untuk meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya selaras dengan kedudukannya dalam Perlembagaan akan dilabel rasis dan perkauman.

Mereka dabik dada kononnya mesti guna bahasa Mandarin untuk berjaya. Mereka dakwa kononnya hanya dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama maka akan wujudlah iklim yang sesuai dalam pembelajaran. Inilah anggapan salah yang mesti dibetulkan dalam pemikiran ULTRA KIASU.

Spesis ULTRA KIASU memang tidak ada niat untuk berasimilasi secara lembut. Itu sebablah spesis ULTRA KIASU ini banyak songeh tidak mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA. Alasan-alasan yang diberikan lebih kepada penolakan untuk mengekalkan sikap ULTRA KIASU.

Kaum bumiputra di Sarawak dan Sabah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing pun masih boleh berjaya. Mereka di sana bersikap cukup patriotik dan menjiwai semangat Malaysia. Bukannya semacam spesis ULTRA KIASU yang keras kepala macam komunis bintang 3.

Kenapa di Malaysia mesti ada 3 bahasa pengantar utama? Sebabnya hanya 1 iaitu ULTRA KIASU yang tak sedar diuntung.

Spesis ULTRA KIASU ini memang mana pernah memandang tinggi bahasa Melayu. Almaklumlah, ULTRA KIASU. Hatta, mahu belajar bahasa Melayu pun disebabkan kerana 'terpaksa'.

Ramai orang lebih suka berdiam diri. Kononnya lebih suka bertoleransi. Bertolak ansur. Tapi dalam tak sedar kita yang ditolak beransur-ansur. Kita lihat sahaja bukti-bukti bagaimana segelintir ULTRA KIASU yang secara terang menolak pemakaian songkok contohnya walaupun ianya dalam majlis RASMI yang telahpun ditetapkan kod berpakaian. Banyak songeh. Mereka inilah yang sepatutnya dikritik oleh masyarakat. Tapi nampak gayanya ULTRA KIASU ini dipuja pula. Memang berjaya benar dasar pecah dan perintah Inggeris ini yang dibawa oleh ULTRA KIASU.

Semua orang dah tahu perangai ULTRA KIASU cuma malas nak bersuara atas sebab tolak ansur, bertoleransi. Memang Melayu sikapnya cukup baik. Dagang lalu ditanakkan nasi.